LOGO PKIJ




Keterangan
Lambang Persatuan Kebajikan Insani Terdiri daripada 2 Bentuk yang utama iaitu
Bentuk Bulat dan Bentuk Segi Lima. Bentuk Bulat melambangkan bentuk Muka
Bumi yang mana ianya dihuni oleh semua Makhluk Ciptaan yang maha esa.

Manakala Bentuk Segi Lima pula melambangkan Tempat Atau Pusat Pentadbiran
Persatuan Kebajikan insani ini diadakan. Perkataan IKHLAS, JUJUR, SABAR,
TELUS DAN YAKIN yang terdapat pada setiap segi Lima itu adalah prinsip atau
sikap utama yang mesti ada di dalam Persatuan Kebajikan Insani.

Di dalam Logo Persatuan Kebajikan Insani terdiri daripada warna Biru, Merah dan
Putih. Warna Biru bermaksud keamanan dan kebajikan yang perlu kepada mereka
yang benar-benar memerlukan bantuan. Warna Merah bermaksud keberanian dan
Kecekalan dalam meniti kehidupan seharian khusunya kepada ahli persatuan
Kebajikan Insani manakala warna Putih bermaksud kesucian hati dan keikhlasan di
dalam usaha membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan. Lambang
Tangan yang bersalaman menjelaskan, Persatuan Kebajikan Insani akan
menghulurkan bantuan dan menitikberatkan kebajikan kepada kanak-kanak yang
berdaftar di bawah Persatuan Kebajikan Insani yang berusia tidak melebihi 18
tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.